Tuesday, August 4, 2015

SEJARAH KG PENGKALAN ARANG


Sejarah Kg. Pengkalan Arang

Kampung Pengkalan Arang merupakan sebuah kawasan perkampungan yang didiami oleh hampir seribu orang penduduk. Meskipun berbeza fahaman politik, para penduduk tetap hidup dalam keadaan aman dan damai dek sikap toleransi dan kerjasama. Lokasinya berdekatan dengan Kampung Pak Katak, Tebauk, Paya Lima Amas, Tuan Mandak dan Buluh Gading.

Tampuk kepimpinan yang diwarisi oleh semangat muda menjadikan aktiviti-aktiviti di kampung giat dan aktif dilakukan. Berlandaskan moto ‘Permuafakatan dan Kerjasama Berpasukan Membawa Keberkatan’, masyarakat memberikan sokongan penuh kepada pentadbiran jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) yang dianggotai oleh ramai muka baru.

Sebelum Kampung Pengkalan Arang mendapat nama, kampung ini terdiri daripada beberapa buah perkampungan kecil yang diberi nama mengikut jajahan dan pengaruhnya seperti Kampung Balik Ulu, Raja, Hilir, Pagar Sin, Tok Genbang, Che Sat, Padang Tok Da, Paya Lebam dan Raja Ali.

Memandangkan kampung ini menjadi tempat pengumpulan dan penyimpanan arang yang telah diproses sebelum diambil oleh penduduk di kuala, kampung-kampung kecil ini kemudiannya disatukan dan dikenali sebagai Kampung Pengkalan Arang. Kedudukan kampung yang berada berdekatan dengan Sungai Nerus memudahkan kerja membawa arang mudik dengan perahu atau jong (sejenis kapal layar cina).




























No comments:

Post a Comment